Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul.

Salam maulidur rasul buat semua. Marilah sama-sama kita perbanyakkan selawat ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Fadhilat dan faedah mengamalkan membaca Selawat Nabi menurut beberapa hadis Rasullullah S.A.W antara lain ialah

1) Para Malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca selawat itu dan Allah akan menurunkan rahmatnya.

2) Allah S.W.T akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya. Mereka lima ratus kali sehari, insyallah akan memperolehi kemenangan dan keselamatan selama-lamanya.

3) Mereka yg banyak berselawat akan terhapus sifat marah dari dirinya dan terjauh dr bala bencana.

4) Mereka yg banyak berselawat adalah menjadi kekasih kepada kekasih Allah.

5) Mereka yg mengalami kesukaran utk mencapai sesuatu yg dihajati, bacalah beberapa kali Selawat , insyaallah akan mudah diperolehinya.

6) Mereka yg mengamalkannya banyak membaca Selawat Nabi, insyaallah akan mendapat rezeki yg berkat, berhasil hajatnya, hilang dukacita dan terlindung dari bala bencana.

7) Mendapat syafaat (pertolongan istimewa) di dunia dan di akhirat.


Tuesday, December 20, 2011

Thursday, August 4, 2011

Salam ramadhan




Rasanya masih tak terlewatkan kalau baru sempat aku nak ucapkan salam ramadhan buat semua.... Maaf dipinta jika terdapat salah dan silap....

Sepanjang bulan yg mulia ini....marilah kita sama2 tingkatkan amal dan ibadat dan bertaqwa kpd Allah SWT.

Saturday, July 23, 2011

Happy besday

Bulan july paling ramai besday kat rumah aku. So hari ni besday abg 2nd aku. Sian besday2 tgh demam pulak. Hehehe.


Aku order kek red velvet sbb aku yg teringin nak makan. Hehehe org besday mkn skt jer. Org yg teringin yg belasah habis-habisan.



Dua hero ni memang antara yg paling excited. Pantang tgk kek lani. Depa lah yg nak potong.



Malam tadi kuar lah celebrate makan...abg aku ajak aku join menyibuk sekali...so aku pun follow....happy besday semoga panjang umur dan murah rezeki...

Saturday, July 9, 2011

Lama dah....

Lama dah aku tak buat cream puff. So balik kerja semalam...ada mood nak buat cream puff... Sbb rasa nak makan sgt cream puff...




Hasilnya masa belum pam custard lagi....sejak dok ternak lemak balik ni... Aksyik nak makan jer...alhamdullillah kenyang.....

Thursday, July 7, 2011

Menapak....

Sabtu lepas pfj buat hal lagi...sian pfj sejak usia nak mencecah 10 tahun sana sakit, sini sakit sama macam tuan dia juga....hahaha...so mekanik kata 3-4 hari baru ok...so sejak isnin lepas...aku pegi kerja tumpang abg 1st aku...dia akan drop aku kat jejantas batu uban...aku menapak sampai lah ke opis...senaman di waktu pagi.....


Heheheh...nilah jejantas batu uban yg aku maksudkan.....


Permandangan dr atas jejantas batu uban....


Tuan blog yg semakin membelon....hahahah....gumuk....masa aku dok tulis blog ni...alhamdullillah pfj dah sihat...so kira 4 hari jer lah aku menapak ke opis....

Tuesday, July 5, 2011

Optimus prime

Hari tu abg aku dah beli bumblebee....ni beli optimus prime pulak....




Optimus prime masa belum patah bahu....hahahahah



Dua-dua hero dgn optimus prime masing2...tak dilupakan lolipop....tak lama rosak lah gigi dua2 budak busuk ni....aksyik lolipop jer memanjang....